Mumbai: Pelakon dan pengarah Bollywood terkenal, Amitabh Bachchan bersama anak lelakinya iaitu Abishek Bachchan telah dijangkiti COVID-19 semalam. Kini beliau bersama Abishek sedang dirawat di Hospital Nanavati.
Selain itu, Indiatoday telah melaporkan Amitabh Bachchan dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas.
Perkara itu juga telah disahkan sendiri melalui ciapan twitternya dan meminta sesiapa yang pernah berhubung atau bertemu dengannya diminta berbuat ujian COVID-19.
“Saya disahkan positif Covid-19. Sudah dipindahkan ke hospital. Keluarga dan kakitangan sudah menjalani ujian dan sedang menunggu keputusan. Mana-mana individu yang berhubung atau bertemu saya dalam tempoh 10 hari lalu dimohon membuat ujian,” katanya dalam ciapan berkenaan.
Walaubagaimanapun, ahli keluarga lain termasuk Jaya Bachchan, Aishwarya Rai Bachchan dan disahkan negatif.
Abhishek Bachchan juga memaklumkan di twitter keadaan mereka “Hari ini, saya dan ayah disahkan positif Covid-19. Kami berdua mempunyai simptom ringan dan dimasukkan ke hospital. Kami sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa, keluarga dan kakitangan supaya melakukan ujian. Saya meminta semua supaya tidak panik dan bertenang. Terima kasih”
Doktor turut mengesahkan perkara itu kepada India Today bahawa Amitabh Bachchan mempunyai gejala dan dikuarantin di rumah sebelum dimasukkan ke Hospital Nanavati, petang Sabtu.
Pelakon veteran itu berada di rumah sejak perintah berkurung di negara itu pada 25 Mac lalu.
Sumber: Harian Metro