
(Konsep sasaran jualan 5 ribu buku).
Buku Mukadimah (1377M) tulisan Ibn Khaldun(1332-1406M) antara teks Islam yang sangat mempengaruhi Mark Zuckerberg — Pengasas Facebook.
Melalui ulasannya pada 2015 — Zuckerberg melihat — manusia berhutang jasa selama 600 tahun terhadap disiplin ilmu historiografi yang diperkenalkan Ibn Khaldun.
Sekaligus, menjadikan Ibn Khaldun sebagai bapa antropologi, sosiologis dan penuras kaedah penyusunan sejarah.
‘SOLD OUT’ ALFU SANATIN
Alfu Sanatin teks terbaik Ustaz Ibnu Rijal (UIR); dengan susunan sejarah yang penuh intrig; bermula dari era Saidina Uthman Affan (35H) hingga jatuhnya Empayar Uthmaniah (922H).
Susunan buku ini menggunakan garis waktu tahun Hijrah.
UIR memulakan strim dengan kembara sejarah dari zaman konflik politik Islam seawal tahun 37 Hijrah hingga ke 41H.
(Era wafatnya Saidina Uthman Affan dan munculnya Empayar Umaiyah).
Kita belajar — betapa besarnya kesan mehnah (fitnah) yang mencetuskan tragedi berdarah — pembunuhan Saidina Uthman Affan.
Pada era Umaiyah pula — Alfu Sanatin menyentuh mengenai fitnah kronism dan pergeseran idealisme kepuakan dalam Islam.
Penjelasan bahagian ini menerima ‘engagement’ ketiga tertinggi dalam analisis AI TTok sepanjang strim ini.
Satu indikasi mengenai kesediaan serta minat penonton sangat tinggi untuk mengetahui fakta dan intriq dalam krisis period pertama selepas berakhirnya era Khalifah Ar Rasyidin.
AI melaporan: Ketikan skrin, syer dan komen penonton mula mencapai tahap awal tertinggi setelah 24 minit sesi strim bermula.
Apabila tiba bab Kejatuhan Baghdad; AI TTok melaporkan peningkatan gandaan respons penonton dengan syer dan ketikan skrin mendadak berganda.
Fokus di TTok mulai stabil dengan 2,600 tontonan semasa dan melepasi 35,000 reach organik.
Strim ini disiarkan serentak di Facebook dan angka melonjak stabil ke 1,600 tontonan sejak 20 minit pertama.
Seterusnya diskusi buku Alfu Sanatin memasuki bab Krisis Empayar Islam dan era materi.
Bab ini berfokuskan pada period tindak-balas Mongol menyerang Baghdad 680H.
Sejarah ini terus berjaya mengekalkan aliran trafik tontonan yang konsisten di Facebook.
AI TTok pula meletakkan puncak minat penonton pada tahap tertinggi ketika segmen diskusi mengenai kebangkitan Mamluk.
Segmen ini ada kaitan isu semasa kerana period ini menjadi era pertama gabungan pemimpin Islam yang berkrisis memilih untuk bersatu demi mempertahankan Baitul Maqdis dalam Perang Ain Jalut (658H).
TEMPAHAN BUKU BERMULA PADA 30 MINIT DISKUSI

Sebaik memasuki bab: “Kesanggupan panglima-panglima perang Mesir bersatu dan melupakan krisis perebutan kuasa demi menyelamatkan Al Aqsa — titik ‘engagement’ strim menuju ‘puncak hangat’.
Ini saat tepat bagi membuka sesi tempahan di Beg Kuning TTok dan lock komen di Facebook.
Dalam 17 minit sahaja — 100 nashkah buku ‘sold out’.
Komen di TTok mula riuh; meminta jumlah buku ditambah. Kami terkedu kerana hanya menyediakan 100 buah buku di TTok Shop dan 100 buah buku di Facebook sebagai sasaran jualan.
Nasib baik, wakil Karangkraf yang hadir di studio — memberikan isyarat, mereka bersedia menambah 400 buku lagi.
200 ditambah di Beg Kuning TTok dan sekali lagi ‘sold out’ dalam 30 minit.
Di Facebook tempahan sudah melangkaui 100 buah.
DARI SASARAN 200 BUAH MENUJU 500 BUAH BUKU
Sesi strim Alfu Sanatin malam tadi satu sejarah. Lebih 757 buku ‘sold out’ dalam 82 minit.
Selain 400 lebih buku Alfa Sanatin, konsep jualan kombo turut membantu jualan buku terbitan ZRA Strim & Biblio Press.
(Buku Pasar ke Pasar terjual hampir 100 buah dan Arus Politik Palestin terjual lebih 50 buah. Baki 117 buku membabitkan 3 judul lain).

PERKONGSIAN UNTUNG 50:50
Projek perintis ZRA Strim dan Karangkraf bagi edisi pertama ini memecah rekod jualan selama 5 tahun saya strim buku.
APA MANFAAT KAEDAH INI?
Apabila diskaun harga 50 peratus diberikan pada ZRA Strim; kami berkongsi pendapatan dengan Karangkraf di jualan Facebook dan TTok.
Manfaat Karangkraf pula; mereka akan menikmati hasil jualan 100 peratus apabila video ini dimuat naik di Youtube.
Link ini membawa semua trafik pembeli ke platform Karangkraf tanpa perkongsian hasil jualan.
MENINGKATNYA JUALAN DI “SAFETY NET’ KARANGKRAF
Secara nisbah; aliran permintaan buku akan meningkat 4 atau 5 kali ganda dalam tempoh sebulan apabila video diskusi Alfu Sanatin melalui 3 proses “sebaran lanjutan”.
1. Apabila dimuat naik di Youtube, link belian akan dialihkan terus ke platform Karangkraf.
2. Sekitar 3 peratus daripada 68 ribu penonton yang menyaksikan strim ini di TT dan Facebook malam tadi, akan mula membeli pada minggu gaji (Januari) dan awal bulan (Februari).
3. Karangkraf akan menikmati 100 peratus manfaat jualan melalui suntingan video-video pendek dimuatnaik di VTT Ttok mereka.
Ini bukan teori: 36 ribu jualan buku Muhammad terbitan IBDE pada tahun 2023 membuktikan keberkesanan ekosistem ini.
Diskaun tinggi penerbit hanya terikat pada 700 buku pada platform ZRA Strim.
Sebagai imbalan diskaun, kami menyerahkan semua potensi jualan selepas strim ke kantung penerbit melalui strategi ‘safety net’.
Kaedah ini akan mengekalkan sasaran keuntungan penerbit dan mengekalkan tahap maksimum royalti penulis.
Konsep ini tidak merugikan ZRA Strim.
1. Kami kekal menerima buku diskaun tinggi bagi strim promosi.
2. Selepas hits satu judul; kami meneroka judul baru dan tetap meneruskan konsep melepaskan “jualan limpahan” selepas strim kepada penerbit.
3. Peranan kami sebagai “pemula ekosistem” adalah jenama yang ingin kami bina dalam senario pemasaran buku di Malaysia.
Terima kasih semua rakan-rakan ZRA yang sejak 5 tahun dulu menyokong usaha bagi membina ekosistem baru ini.
Beginilah trendnya — diskaun penerbit hanya untuk 700 buah buku, tetapi penerbit akan meraih jualan bersih bagi 3,000 hingga 5,000 jualan selepas strim.
Kalau meletup melebihi angka itu — 100 peratus keuntungan jualan tetap kepada penerbit.
INI BUKAN EKSPERIMEN! TETAPI, REALITI SEBENAR JUALAN BUKU MELALUI EKOSISTEM PENSTRIMAN SEJAK 5 TAHUN LALU.