Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya di platform web dan aplikasi MAE sedang mengalami gangguan melalui satu kenyataan di akaun Twitter.
Maybank dalam satu kenyataan itu juga memohon maaf kepada semua pengguna dan berkata pihaknya sedang berusaha menyelesai dan memulihkan perkhidmatannya yang terjejas.
“Kami memohon maaf kepada semua pelanggan yang terjejas atas kesulitan yang disebabkan oleh gangguan ini.
“Kami menghargai sikap timbang rasa dan kesabaran pelanggan kami dan akan terus memaklumkan kepada mereka secara berkala melalui media sosial rasmi Maybank dan platform M2U,” jelasnya lagi.
Untuk bantuan dan kemas kini lanjut, pelanggan boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +60378443696 (Luar Negara) atau mengikuti/berkomunikasi dengan bank melalui platform media sosialnya.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official