Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Agong Kurnia Proton X90 dan Pelbagai Kenderaan Sebagai Pengiktirafan Kepada Sumbangan dan Khidmat Cemerlang Para Pegawai.

by Myra Hamdi
March 8, 2024
2 min read
8 0
0
Agong Kurnia Proton X90 dan Pelbagai Kenderaan Sebagai Pengiktirafan Kepada Sumbangan dan Khidmat Cemerlang Para Pegawai.
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Agong, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor menerusi Yayasan-Yayasan Diraja Johor telah mengurniakan pelbagai sumbangan dalam membantu rakyat yang memerlukan.

“Seri Paduka Baginda turut mengurniakan 10,000 paket beras percuma seberat 10 kilogram di Johor, tahun lalu dalam membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah.”

Selain daripada kurniaan dan sumbangan menerusi Yayasan-Yayasan Keluarga Diraja Johor kepada rakyat jelata, Seri Paduka Baginda juga memberi kurniaan kereta kepada pegawai-pegawai yang berjasa serta dedikasi dalam menjalankan tugas.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Seri Paduka Baginda sejak dahulu lagi mengurniakan kereta kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor, pegawai daerah, doktor perubatan serta jururawat.

“Contohnya, pada tahun 2010 Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan 11 kereta dan lapan motosikal berkuasa besar kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).”

Tambahan lagi, pada 2018, Baginda mengurniakan Proton Suprima kepada semua Pegawai Daerah di Johor.

Dalam menzahirkan penghargaan kepada pasukan perubatan, Seri Paduka Baginda juga pernah mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, pada September 2020.

Baginda juga pernah mengurniakan Proton X70 kepada tiga doktor sebagai penghargaan di atas khidmat mereka dalam pasukan perubatan Istana Johor pada 2021.

Dalam hantaran yang sama, turut dimuat naik beberapa keping gambar memaparkan Seri Paduka Baginda hari ini mengurniakan kereta jenis Proton X90 kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Selain itu, kereta tersebut turut dikurniakan kepada Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, dan Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Munir Md Salleh.

Turut menerima kurniaan kereta daripada Seri Paduka Baginda ialah Mantan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd. Ariffin, dan Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd. Alim.

Kurniaan daripada Seri Paduka Baginda disampaikan YBhg Datuk Zailani Hashim sebagai tanda mengiktiraf sumbangan serta khidmat cemerlang kesemua penerima.

-Sumber : Laman Rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Previous Post

Betul ke Syurga Di Bawah Tapak Kaki Ibu?

Next Post

Sesi persekolahan kembali ke Januari 2026: Kurikulum tak terjejas

Next Post
Sesi persekolahan kembali ke Januari 2026: Kurikulum tak terjejas

Sesi persekolahan kembali ke Januari 2026: Kurikulum tak terjejas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker