MELAKA – Kafe Al Wahhab yang terletak di Masjid Al Wahhab, Permatang Duyong, kini kembali beroperasi seperti biasa selepas melalui fasa sukar apabila premis itu disita oleh pihak berkuasa tempatan sebelum ini. Tapi siapa sangka, campur tangan ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berjaya ‘hidupkan’ semula kafe ni!
Apa cerita sebenarnya?
Kafe tu disita oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sebab pembinaannya tak ikut prosedur. Tapi ADUN Duyong tak duduk diam, beliau bantu dapatkan kelulusan, lesen niaga dan kebenaran pendudukan sementara. Hasilnya, kafe kembali buka dan sedia bantu jana pendapatan masjid.
Bila semua ni berlaku?
Baru-baru ini selepas pihak masjid cuba cari jalan untuk tambah sumber kewangan, selain bergantung pada derma semata-mata.
Selain ADUN Duyong, jawatankuasa masjid dan vendor kafe pun main peranan. Vendor pun diberi syarat agar jangan jual mahal, bagi diskaun pada jemaah dan pelajar, dan paling mulia, sedia beri makan percuma untuk orang susah.
Kenapa penting?
Sebab YB Duyong percaya, masjid bukan sekadar tempat ibadah tapi boleh jadi pusat ekonomi ummah. Bila ada dana sendiri, lebih banyak program kebajikan boleh dijalankan.
Impian YB
Ini baru satu masjid. Beliau bercita-cita nak ‘upgrade’ tiga lagi masjid di DUN Duyong supaya semua ada sumber pendapatan sendiri dan boleh bantu komuniti dengan lebih luas.
Hebat, kan? Bila wakil rakyat dan komuniti sama-sama main peranan, masjid pun boleh jadi tempat yang lebih progresif dan bermanfaat! Hebat, kan? Bila wakil rakyat dan komuniti sama-sama main peranan, masjid pun boleh jadi tempat yang lebih progresif dan bermanfaat!