Setelah menyepi seketika, Puteri Balqis kembali berlakon?
Awal tahun lalu nama pelakon cilik Puteri Balqis kembali menjadi sebutan apabila muncul dalam program Bersamamu terbitan TV3.
Kemunculan Balqis ketika itu mengundang pelbagai persepsi kerana kanak-kanak itu terpaksa berhenti belajar dan tidur di kali lima untuk menjual buku puisinya.
Pelbagai persepsi buruk dilemparkan kepada dua ibu dan bapanya kerana mengabaikan kebajikan kanak-kanak berusia 13 tahun itu.
Ekoran tidak tahan dengan kecaman yang diterima Balqis dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz hilang dari radar orang ramai dan mereka menarik diri dari projek telemovie terbitan Datuk A.Aida yang berjudul Tiada Galang Ganti.
Malahan media yang cuba menjejaki mereka menemui jalan buntu kerana nombor telefon mereka tidak lagi digunakan.
Platform media sosial Balqis juga turut dinyah aktifkan pada waktu itu.
Terkini, pelakon Que Haidar telah memuatnaik gambar terbarunya dilokasi pengambaran bersama Balqis.
Mereka bakal muncul dengan telemovie berjudul Pencipta Pegang Waktu.
Antara pelakon yang turut terlibat Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud dan Khir Rahman.
Semoga Balqis kembali mewarnai industri hiburan tempatan kerana Balqis merupakan pelakon berbakat.
Kalau tidak masakan pelakon ini mampu menang pelakon wanita terbaik Asia Television Awards 2014 menerusi telemovie Akulah Balqis.