Fan Bingbing, Siti Nurhaliza antara Penerima Anugerah sempena Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0

Sonny IkmalBeritaHiburan18 hours ago2K Views

MELAKA, 31 Disember 2025 – Pelakon dan ikon antarabangsa, YBhg. Datuk Fan Bingbing, merupakan antara penerima Anugerah dan Pengiktirafan Kerajaan Negeri Melaka sempena Peluncuran Tahun Melawat Melaka 2.0, yang berlangsung serentak dengan Ambang Tahun Baharu 2026 dan Sambutan Jubli Intan Rejimen Gerak Khas (RGK).

Beliau menerima Anugerah Ikon Diplomasi Budaya Antarabangsa Melaka sebagai pengiktirafan terhadap peranan strategik dalam memperkukuh diplomasi budaya serta meningkatkan keterlihatan dan imej Melaka di peringkat antarabangsa melalui pengaruh seni dan jaringan global yang dimiliki.

Dalam majlis sama, Encik Mohd Fauzi bin Mohamad dianugerahkan Tokoh Pemerkasaan Seni Tradisional Melaka atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan seni muzik tradisional negeri. Antara karya paling ikonik ialah Senandung Anak Melaka, yang diangkat sebagai lagu tema rasmi Visit Melaka 2024 hingga 2026, selain beberapa karya lain yang mengangkat identiti dan warisan budaya Melaka.

Sementara itu, Biduanita Negara YBhg. Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza binti Tarudin turut menerima Anugerah Ikon Seni & Budaya Melaka sebagai penghargaan terhadap sumbangan konsisten beliau dalam memperkasa seni suara dan budaya Melayu di peringkat nasional dan antarabangsa.

Penganugerahan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Melaka dalam menjadikan seni dan budaya sebagai teras pembentukan identiti negeri, medium diplomasi budaya serta pemangkin kepada pembangunan pelancongan berkualiti.

Leave a reply

Previous Post

Next Post

Follow
Search
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...