Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Wednesday, June 18, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Coretan ZRA

TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan

by Zainal Rashid Ahmad
June 7, 2025
5 min read
4 1
0
TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
Share on FacebookShare on Twitter

TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH

PERTAMA

Pada 1994 — ketika memulakan kerjaya sebagai wartawan; saya berkesempatan mewawancara Tun Abdullah Badawi (Pak Lah).

Tahun ketika — zaman sukar Pak Lah. Keadaan politik menyebabkan dirinya disisihkan dari liputan media.

RELATED STORIES

ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

June 7, 2025
TIGA SAHABAT DAN TIGA KISAH DI TANAH SUCI

TIGA SAHABAT DAN TIGA KISAH DI TANAH SUCI

May 11, 2025

Pak Lah terasing di Kementerian Luar; berpejabat di Jalan Wisma Putra, Bukit Petaling, KL.

Sampai di pejabat; Pak Lah menanti di biliknya dengan pakaian yang kemas. Berdiri menyambut kedatangan saya dengan senyuman.

“Tak apa kah?” Tanya Pak Lah: “Saya sekarang tak selalu diterima media. Nanti ‘intreview’ saya, kamu dapat susah.”

Sebagai wartawan; saya tersentuh dan menjawab dengan terus-terang: “Saya wartawan biasa saja Pak Lah. Apa-apa nanti KP (Ketua Pengarang) yang tanggung”.

Pak Lah ketawa; itu watak yang semua orang tahu — betapa murahnya senyuman dan tawa kecilnya yang manis.

“Tak apalah,” kata Pak Lah: “Kita sembang sajalah. Tak perlu jadikan berita. Saya faham keadaan dan tak sesuai nak bercakap ketika elok berdiam diri.”

Saya agak kecewa kerana sebagai Menteri Luar; banyak isu yang ingin dimuatkan dalam ruangan wawancara Mingguan Malaysia.

Pak Lah memilih untuk bercerita santai.

“Saya selalu teringat kawasan air terjun kecil dekat kampung. Sekarang terbiar dan tercemar. Apabila berjumpa kawan-kawan — semua asyik bercerita mengenai kenangan membesar di situ.”

Perbualannya jelas bernada santai; tetapi, riak wajah Pak Lah sangat serius — dan bercerita lagi.

“Semua orang hargai kenangan air terjun di situ; tapi, walaupun kenangannya berharga… siapa pun tak peduli keadaannya yang teruk tercemar.”

Manusia, menurut Pak Lah; menghargai kenangan — tetapi tidak berusaha membaiki realiti kenangan mereka.

Konteks hujah Pak Lah mudah: Lokasi kenangan lama hanya indah dalam ingatan.

Tetapi, manusia mengabaikan harga kenangan tanpa berusaha menjaga warisannya.

Kata Pak Lah: “Kita bangga dengan tempat berharga masa lalu. Walaupun hari ini… kita biarkan saja ia rosak.”

KEDUA

1995

Ketika masih terasing dan disisihkan; tak ramai orang mendekati Pak Lah waktu itu.

Ada sekali; Pak Lah jemput kami ke kediamannya sebagai Menteri Luar di Lengkok Bellamy, Jalan Istana, KL.

Sekitar tujuh atau lapan wartawan hadir. Pak Lah sediakan makan malam yang seadanya. Tiada perbualan politik.

Kebetulan Pak Lah jamu buah rambutan.

Masalahnya, ketika makan — kami sesama rakan wartawan berdebat mengenai jenis rambutan yang dimakan.

Melihat kami berdebat; Pak Lah tegur dengan nada bersenda.

“Kita selalu berdebat pada buahnya, dan kita tak pernah berfikir siapa yang menanamnya.”

Kata Pak Lah lagi: “Begitulah nasib orang yang berjasa… kita lebih suka berdebat mengenai tinggalan mereka — tanpa mahu berterima kasih.”

Walaupun nadanya bergurau — kami semua terkesima.

Memang benar kata Pak Lah. Kita selalunya tak pernah peduli pun. Kita hanya mahu nikmati hasil; tapi, lupa siapakah orang yang berjasa.

KETIGA

2003

Ketika menjadi Perdana Menteri — Pak Lah jemput beberapa ketua editor media ke sebuah hotel di KL.

Pertemuan untuk mendapatkan idea mengenai usaha mempromosi Program Siswazah Tani.

Apabila sampai sesi soal jawab; ada soalan mempertikaikan personaliti Menteri Pendidikan (Tan Sri) Datuk Musa Mohamad.

“Pak Lah, Datuk Musa ini pasiflah. Tak mesra wartawan.”

Pak Lah tersenyum dan menjawab.

“Dia tokoh akademik, jangan cari mesranya… tapi, fahami aspirasinya.”

Pak Lah menegur dengan hemah. Iktibarnya — fahamisifat seseorang dengan melihat pada matlamat kerjanya.

Kami terdiam. Pak Lah senyum dan berkata lagi: “Kita takkan nampak kebaikan apa pun… kalau kita sibuk menilai orang lain dengan isu “suka atau benci”.

Pak Lah terus menasihati dengan nada lunak: “Tugas kita sepatutnya membantu memahamkan masyarakat mengenai usahanya. Bukan terlalu berfikir soal suka atau benci. Tiada kesudahannya nanti.”

*

Al Fatihah buat Tun Abdullah Badawi.

kampungbet monperatoto kampungbet kampungbet situs slot gacor situs toto kampungbet monperatoto kampungbet kampungbet
Previous Post

ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO

Next Post

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Next Post
Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Sumbangan Lembu Korban Untuk Keluarga Arwah Kanak-Kanak PPR Krubong
  • Remaja Hilang Macam Baru Sejam, Padahal 31 Jam!
  • Kereta Terbabas Rempuh Gerai Makanan di Durian Tunggal
  • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Politik
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker