Musibah banjir bukan hanya ujian untuk mangsa, tetapi juga untuk seluruh masyarakat. Di Kelantan, peniaga dan founder tempatan membuktikan bahawa mereka bukan sekadar berniaga untuk keuntungan, tetapi turut menjadi penyokong utama ketika musibah melanda, tampil membantu mangsa banjir dengan penuh keprihatinan.
Dalam situasi mencabar ini, ramai peniaga serta founder produk di negeri ini turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Mereka sanggup menangguhkan operasi perniagaan untuk menyediakan makanan dan sokongan, menunjukkan semangat gotong-royong yang tinggi.
Antara kedai makan dan jenama yang aktif membantu termasuk:
Restoran Colek Bini
The V’E Cafe
Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis
Selera Tepi Sungai
Suwarin Jinda Cafe
Selain itu, founder produk seperti Khairul Aming, Farhana (CikNa), Tina Beauty, dan Ufora, serta MUA seperti Farahin Rukman juga turut berperanan di belakang tabir. Mereka semua mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu yang memerlukan.
Walaupun ada yang mungkin melihat tindakan ini sebagai strategi pemasaran, kita tidak boleh menafikan niat baik mereka. Sekurang-kurangnya, mereka hadir untuk membantu di saat-saat sukar. Usaha ini juga memberi inspirasi kepada peniaga lain untuk turut serta dalam membantu masyarakat.
Kami di Kepochi mendoakan semoga musibah banjir ini segera berlalu dan keadaan di Kelantan serta Kedah kembali pulih seperti sediakala. Inilah masanya untuk kita menyokong peniaga yang tidak hanya berfikir tentang keuntungan, tetapi juga tentang memberi manfaat kepada orang lain.
Sokong mereka, sokong kebaikan!
Banjir #Kelantan
Sumber: FB Senok Perut