Insurans Am Selangor (INSAN) : Pelan Perlindungan Patuh Syariah Percuma Untuk Rakyat Selangor

Myra HamdiInfo1 year ago38 Views

Dalam usaha berterusan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya terjamin, satu inisiatif perlindungan takaful yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor (INSAN) bertujuan memberikan perlindungan am meliputi kecederaan, kemalangan mahupun kematian.

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah satu jaringan keselamatan sosial bertujuan untuk menawarkan pampasan berjumlah RM10,000 kepada setiap rakyat serta pengundi Selangor, andaikata berlaku kematian, kemalangan mahupun penyakit mengikut jenis tertentu.

Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) akan memberi perlindungan kepada enam juta individu di Selangor ini adalah merupakan salah satu bukti keprihatinan Kerajaan Negeri pada nasib rakyatnya.

Program ini menawarkan manfaat kepada setiap rakyat serta pengundi Selangor yang berusia seawal 30 hari sehinggalah 80 tahun. Semua lapisan masyarakat, tidak kira dari golongan M40, B40, semua bangsa dan agama adalah layak mendapatkan bantuan ini.

Menerusi INSAN, semua individu yang akan menerima perlindungan sebanyak RM10,000 untuk kes kematian, kemalangan dan juga kecederaan mengikut jenis tertentu.

Antara jenis perlindungan yang ditawarkan di bawah program INSAN:

  1. RM 11,000 – Melibatkan kematian
  2. RM 21,000 – Melibatkan kematian di luar negeri
  3. RM 10,000 – Melibatkan kehilangan upaya kekal
  4. RM 50/hari – Kemasukan wad sehingga 30 hari.

Untuk pendaftaran, sila imbas kod QR yang tertera atau layari www.programinsan.com untuk sebarang maklumat lanjut.

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Follow
Search
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...