Pada hari ini akan berlaku Ekuinoks Mac pada 11.06 am di mana limpahan cahaya matahari tepat di khatulistiwa. Kecuali kawasan kutub bumi, kesemua bahagian bumi secara amnya akan menerima sama rata limpahan cahaya matahari iaitu hampir 12 jam.
Kawasan khatulistiwa tidak mempunyai bayang (hari tanpa bayang) pada beberapa minit sebelum masuk waktu Zuhor. Selepas Ekuinoks, siang pula akan lebih panjang dari malam bagi sesetengah kawasan.Di Malaysia kita boleh perasan bahawa waktu subuh akan lebih awal, manakala waktu maghrib akan lewat sikit.
Apakah yang dimaksudkan dengan ekuinoks dan solstis ?
Ekuinoks bermakna seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam masing-masing.
Pada masa ini matahari tengah hari berada tepat di garisan khatulistiwa. Fenomena ini hanya berlaku pada 21 Mac (ekuinoks musim bunga) dan 23 September (ekuinoks musim luruh).
Apakah itu Solstis
Solstis bermakna penerimaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang di permukaan bumi. Fenomena ini berlaku pada 21 Jun (solstis musim panas) dan 22 Disember (solstis musim sejuk).
Semasa solstis musim panas, matahari tengah hari berada tegak di atas garisan sartan di hemisfera utara. Keadaan ini menyebabkan hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat iaitu selama 8 jam. Sebaliknya hemisfera selatan mengalami waktu malam yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu siang yang singkat iaitu selama 8 jam.
Semasa solstis musim sejuk pula, matahari tengah hari berada tegak di atas garisan jadi di hemisfera selatan. Keadaan ini menyebabkan hemisfera selatan mengalami waktu siang yang lebih panjang iaitu selama 16 jam berbanding waktu malam yang lebih singkat iaitu selama 8 jam. Sebaliknya, hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih pendek iaitu selama 8 jam berbanding waktu malam yang lebih panjang iaitu selama 16 jam.
Sumber : MKN