Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Saturday, May 10, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Lelaki maut tersangkut pokok tualang

by Myra Hamdi
July 4, 2023
2 min read
5 0
0
Lelaki maut tersangkut pokok tualang
Share on FacebookShare on Twitter

Lelaki yang sedang mencari madu ditemukan maut atas pokok tualang setinggi kira-kira 24 meter di hutan Kampung Cabang Tongkat, Batu 8, Pasir Puteh.

Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh menggunakan kaedah ‘hightline rescue’ dan sistem takal untuk membawa turun pencari madu yang meninggal di atas pokok tualang di hutan Kampung Cabang Tongkat, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam, Che Hussin Hassan, 62, dipercayai tersangkut dan tidak sedarkan diri ketika berada di atas pokok setinggi kira-kira 60 meter untuk mendapatkan madu.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Jainal @ Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 1.09 tengahari.

Menurutnya, seramai 17 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi membawa turun mangsa yang diketuai Ketua Balai BBP Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba, Azhar Elmi Mustofar dan Pegawai Bomba Kanan I, Tuan Mohd Sukri Tuan Hassan.

Malah, 10 anggota, dua pasukan bomba sukarela (PBS) serta tiga anggota pelepasan daripada pasukan Amanah, BBP Pasir Puteh turut ke lokasi.

“Ketika hadir ke lokasi, benar didapati mangsa tersangkut pada pokok ketinggian 60 meter.

“Komander operasi membuat `sizeup’ bagi memastikan kawasan selamat dan mengarahkan anggota membuat sistem 3:1 bagi menurunkan mangsa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Azhar berkata, kaedah hightline rescue dan sistem takal digunakan untuk menurunkan mangsa yang mengambil masa lebih tujuh jam.

Tambahnya lagi, sebaik dibawa turun, mangsa yang tidak sedarkan diri terus menjalani pemeriksaan sebelum disahkan meninggal oleh pihak kesihatan jam 7.20 malam.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 8.14 malam termasuk membawa keluar mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya.

Operasi turut membabitkan 23 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta 25 orang awam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official

Previous Post

Sirna, suara rintihan hati Ernie Zakri

Next Post

PRN : SPR mesyuarat esok

Next Post
PRN : SPR mesyuarat esok

PRN : SPR mesyuarat esok

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker