Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan hilang baru-baru ini telah terjawab apabila mayatnya ditemui dalam kereta dipercayai terbabas ke parit berhadapan sebuah hotel di Sabak Bernam.
Mayat Mohamad Khair Mahat, 28, ditemui oleh orang awam yang memotong rumput berhampiran lokasi kejadian.
Pada 21 Mei lalu, isteri mangsa dikatakan menerima laporan suaminya tidak hadir bertugas.
Susulan itu, laporan polis dibuat keluarga berhubung kehilangan mangsa.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 4.23 petang.
Tambahnya lagi, sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam dihantar ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa selepas kereta itu dibawa naik menggunakan jentera.
“Kereta berkenaan terbalik dipercayai terbabas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sumber : Berita Harian
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official