“Saya nikahkan dan saya kahwinkan anak kandung saya, Anastasya Ayu Widiadana kepada engkau dengan mas kahwin logam berharga 21 gram, sepersalinan alat solat dan tiket Coldplay dibayar tunai,” ujar wali yang merupakan bapa pengantin perempuan menerusi video yang dikongsikan tersebut.
Ternyata demam Coldplay tidak hanya melanda Malaysia, namun ia juga turut dirasai oleh warga seberang apabila sepasang pengantin menjadikan tiket konsert kumpulan rock alternatif itu sebagai mas kahwin.
Tular klip video acara akad nikah pasangan ini di media sosial pada Ahad lepas menarik perhatian Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman untuk mengulasnya dengan lebih lanjut.
Beliau berkata, cara itu juga bercanggah dengan hukum syarak. Tambahnya lagi “Mas kahwin ini adalah sesuatu yang bernilai dan berharga, adakah tiket itu termasuk? Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu. Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu”.
“Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay,” katanya kepada Sinar Harian.
Namun begitu, tambah Abdul Rahman, mas kahwin biarpun tidak disebut perkahwinan tetap sah.
Jelasnya, tetapi jika semata-mata tiket Coldplay menjadi mas kahwin maka ia tidak sah kerana disifatkan tiada nilai.
Sumber : Sinar Harian
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official