Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 9, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Berita

Pandemik Punca Tekanan Berganda Penduduk Dunia

Ibu bapa runsing dengan komitmen kewangan

by mykepochi.com
January 16, 2021
5 min read
13 0
0
Pandemik Punca Tekanan Berganda Penduduk Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Jauh Dan Dekat Sama Dibantu

Pandemik Covid-19 masih belum reda. Sedar atau tidak, penularan wabak ini sudah memasuki usia setahun lebih sejak ia mula dikesan pada pertengahan Disember 2019 di Wuhan, China.

Impak dari sudut ekonomi sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Kesan besar lain yang turut membimbangkan adalah dari sudut tekanan mental dan psikososial di kalangan masyarakat. Ketakutan terhadap virus ini dilihat merebak lebih pantas daripada penularan wabak itu sendiri.

RELATED STORIES

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis

April 28, 2025
Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

Generasi dari Silent hingga Beta: Evolusi, Perbezaan, dan Keunikan Setiap Era

April 26, 2025

Penderitaan yang dialami masyarakat dunia tidak terhenti di situ, pembukaan tahun 2021 bukan sahaja memberi tekanan berganda kepada penduduk dan pelarian di luar negara dengan ancaman musim sejuk, malahan di Malaysia sendiri ada sesetengah penduduk berdepan ujian bah ekoran taburan hujan lebat berterusan.

Agihan bantuan pek makanan bagi membantu penduduk terjejas pandemik Covid-19 di PPR Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia dan program ILTIZAM tajaan Ekuiti Nasional berhad (EKUINAS).

Zahirkan Kesyukuran Dalam Kesukaran

“Pandemik ini memang memberi impak yang sangat mencabar pada kami sekeluarga. Bil api dan air kadangkala tertunggak. Dalam keadaan gaji suami yang telah dipotong dan pemberian elaun juga sudah dihentikan, keadaan kewangan keluarga kami memang sangat terjejas.

“Dari segi makanan, kami memang cuba sedaya upaya untuk berjimat cermat. Alhamdulillah, anak-anak faham keadaan ibu ayah mereka sedang susah sekarang dan mereka tidak merungut walaupun terpaksa makan nasi berlaukkan telur selalu,” kata Sharifah Nor Hayati, penerima manfaat bantuan Covid-19.

“Ahli keluarga saya ada tujuh orang dan saya seorang sahaja yang bekerja untuk menyara keluarga. Saya bekerja mengambil upah memasang pendawaian elektrik. Sejak pandemik, pendapatan saya turut terjejas. Hasil upah yang diperolehi berkurangan daripada dahulu sebab ‘job’ pun kurang.

“Pernah juga kami terputus bekalan makanan sewaktu mula-mula Covid-19 melanda, tetapi mujur ada ahli keluarga dan saudara mara yang sudi membantu kami di sini,” kata Mohd Salleh bin Mohamed, penerima manfaat bantuan Covid-19.

Pelbagai luahan diterima dan terlalu banyak kisah sedih yang dikongsi. Ibu bapa runsing dengan komitmen kewangan juga perbelanjaan harian dalam meneruskan kelangsungan hidup.  Anak-anak pula menghitung hari untuk kembali ke sekolah persekolahan bagi menjalani pembelajaran secara fizikal seperti dahulu.

Antara sumbangan bantuan khusus bagi penduduk terjejas Covid-19 di Sabah hasil usahasama Islamic Relief Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA).

Berkongsi Rezeki

“Memandangkan kita semua terkesan, jadi sama-samalah kita berkongsi rezeki yang ada. Peka dan prihatinlah dengan orang-orang di sekeliling kita dan cubalah bantu semampunya. Jika tidak mampu membantu dari sudut wang ringgit, bantulah dengan memberi sokongan moral atau lebih mudah bantulah kami sebarkan maklumat berkenaan kempen ini,” kata Suffian Amrin, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia.

“Jika ada yang sering melemparkan persepsi juga kata-kata bahawa NGO di Malaysia banyak membantu penerima manfaat di luar negara, jadi dengan adanya kempen Covid-19 Emergency Appeal ini dapat mengubah pandangan mereka.

“Islamic Relief Malaysia khususnya sentiasa berusaha membantu mereka yang memerlukan tanpa mengenepikan keperluan bantuan masyarakat kita sendiri. Jadi, bantu kami dengan menyokong kempen ini kerana sedekah itu bukan amalan orang kaya sahaja tetapi ianya ibadah yang mampu menjemput rezeki menjadi melimpah ruah,” kata Azalinor Abdul Rahman, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia.

Antara sumbangan bantuan khusus bagi penduduk terjejas Covid-19 di Sabah hasil usahasama Islamic Relief Malaysia dan Malaysian Relief Agency (MRA).

Kita Jaga Kita, Kita Bantu Sesama Kita.

“Islam menggalakkan kita untuk saling bantu-membantu dan memberi manfaat kepada orang lain. Pendekatan memberi manfaat itu tidak kira dalam apa jua bentuk pertolongan dan bantuan yang dihulurkan asalkan ia mendatangkan kebaikan kepada si penerima. Mungkin dengan sekecil-kecil sumbangan yang kita hulurkan hari ini sebenarnya dapat memberi impak besar dalam hidup seseorang, siapa tahu,” kata Ashraf Muslim, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia.

Meskipun padat dengan jadual penggambaran dan tugasan lain, Ashraf tetap berusaha untuk menjayakan kempen ini selain berkongsi pengalaman dan kata-kata semangat untuk pesakit Covid-19.

Menurut Ashraf, pesakit Covid-19 bukan penjenayah dan tiada siapa yang minta untuk diduga dengan keputusan positif jangkitan. Justeru, dia menasihati masyarakat sekeliling agar memberi semangat kepada pesakit Covid yang dikenali serta mengelakkan insiden-insiden kecaman berlaku.

Tambahnya, ujian ini adalah takdir yang telah ditetapkan Allah dan kita sebagai hamba perlu sabar, redha serta tabah mengharunginya.

Ashraf Muslim dan kumpulan nasyid Saujana telah mengambil langkah proaktif mengumpul dana dengan melancarkan kempen Covid-19 Emergency Appeal secara atas talian di platform crowdfunding Launchgood.

Ringankan Beban

“Pandemik tidak hanya memberi kesan kepada golongan B40 dan ke bawah, malahan golongan M40 contohnya turut terkesan dan ada yang hilang punca pendapatan akibat dibuang kerja.

“Dan kalau M40 pun terasa susah dan sukarnya hidup dalam keadaan pandemik ini, bayangkan betapa peritnya lagi kehidupan golongan B40 yang sememangnya sudah sedia susah daripada sebelum pandemik melanda,” kata Ahmad Zuhaidi Abd Aziz, Ikon Kemanusiaan Islamic Relief Malaysia.

Orang ramai yang berminat untuk membantu boleh melakukan sumbangan serendah RM5 menerusi platform berikut:

1) https://www.launchgood.com/AshrafSaujanaCovid19. Sumbangan menerusi kad kredit/debit. (jika anda mengalami kesukaran untuk meneruskan langkah seterusnya, sila hubungi pusat khidmat pelanggan bank anda untuk pertanyaan lanjut).

2) Nombor akaun CIMB Islamic Relief Malaysia: 8602073818. Sila isikan bahagian butiran pembayaran dengan ‘LG_ICON’ untuk rujukan dan rekod pihak Islamic Relief Malaysia.

3) Bagi akaun bank yang tidak mempunyai bahagian butiran pembayaran, anda boleh hantarkan bukti pembayaran (resit/slip bank) ke aplikasi WhatsApp Islamic Relief Malaysia di +60196379788.

Sumber : IRM MALAYSIA

Previous Post

Tan Sri Dr Noor Hisham Jadi Hero Dalam Ejen Ali Misi : Juang

Next Post

Cipta Lagu Selepas Bertemu Ebit Lew Dalam Mimpi

Next Post
Cipta Lagu Selepas Bertemu Ebit Lew Dalam Mimpi

Cipta Lagu Selepas Bertemu Ebit Lew Dalam Mimpi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami

MyKepochi.
Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
"Good Things, Must Share"!

Recent Stories

  • Rider Food Panda Hero! Kejar Peragut Terima Penghargaan Polis
  • TIGA PESAN KECIL TUN ABDULLAH -Satu Kenangan
  • ASAL POMEN KAMPUNG KINI KE BENGKEL STAILO
  • Warga Emas Bersihkan Muntah Wanita Tak Dikenali, Netizen Sebak: “Terharunya!”

Categories

  • Agama
  • Berita
  • Cerpen
  • Coretan ZRA
  • Hiburan
  • Info
  • Inspirasi
  • Karya
  • Kesihatan
  • PODCAST
  • Resepi
  • Sukan
  • Teknologi
  • Uncategorized
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

© 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

No Result
View All Result
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist

http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker