Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Gua Musang pada Selasa atas lima pertuduhan termasuk merogol anak kandungnya dan memiliki video pornografi.
Tertuduh yang berusia 45 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah.
Selain itu, tertuduh turut mengaku salah terhadap tuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya.
Disamping itu, mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya ketika mangsa berusia 12 tahun di sebuah rumah di daerah ini sejak Jun 2020.
Tertuduh juga didapati melakukan perbuatan terkutuk itu pada 30 Mei lalu.
Dalam pada itu, tertuduh juga berdepan dua lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang mana masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Manakala bagi pertuduhan pertama dan kedua, mahkamah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara serta tiga sebatan bagi setiap pertuduhan.
Bagi pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 292(B) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official