4 maut, 2 pesawat tentera terhempas di Indonesia

Team KepochiBerita1 year ago15 Views

Sekurang-kurangnya empat orang maut selepas dua pesawat tentera terhempas di sebuah lereng gunung di Indonesia semasa operasi latihan, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Dua pesawat Super Tucano milik tentera udara Indonesia itu terhempas di Pasuruan, Jawa Timur kelmarin.

Serpihan kemalangan itu dilaporkan bertaburan di lereng gunung ketika orang ramai mengerumuni lokasi kejadian. 

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Malang pagi kelmarin sebelum terputus hubungan setengah jam kemudian semasa latihan formasi biasa.

Seorang jurucakap, Agung Sasongko Jati berkata: “Semua mayat telah ditemui. Dua mayat sudah berada di hangar, dua sedang diangkut ke pangkalan. 

“Kakitangan penyiasatan akan datang dan menyiasat apa yang berlaku. Mereka akan mengumpul komunikasi suara, data penerbangan dan data enjin serta video,” katanya.

Laman berita Socialexpat melaporkan bahawa setiausaha Kampung Kedawung di Pasuruan Dani Kusdiantoro menyaksikan sendiri kemalangan itu.

Dia melihat dua pesawat itu terbang pada altitud rendah dalam keadaan berkabus sejurus sebelum letupan kedengaran.

Sebuah pesawat dilihat terhempas ke tebing manakala sebuah lagi jatuh di kawasan hutan berhampiran. – AGENSI

0 Votes: 0 Upvotes, 0 Downvotes (0 Points)

Leave a reply

Loading Next Post...
Follow
Search Trending
TERLEPAS KE?
Loading

Signing-in 3 seconds...

Signing-up 3 seconds...

Cart
Cart updating

ShopYour cart is currently is empty. You could visit our shop and start shopping.