
Status Bantuan Trak Kemanusiaan.
Setakat 12 Malam tadi waktu Malaysia — 200 trak sudah diberikan kebenaran melintas pintu kawalan.
(Total 600 trak dibenarkan masuk setiap hari).
Untuk 7 hari pertama Perjanjian — semua trak akan melalui Pintu Abu Kareem yang dikawal pihak musuh.
Pada hari kelapan (26 Jan 2025) — 600 trak akan dibenarkan melalui pintu R
F
H yang dikawal pihak Mesir.
PROSES PERTUKARAN TAHANAN
Proses pelepasan 3 tahanan musuh sudah dilaksanakan selepas 3 jam bermula perjanjian.
Manakala, tahanan 90 tahanan saudara akan dibebaskan hari ini; tapi mesti dalam 24 jam hari pertama (sebelum 2.30 petang waktu Malaysia).
Pemantauan setakat 6 pagi ini — semua proses perjanjian 50 hari ini berjalan dengan baik.
100 tahanan saudara kita akan dibebaskan dengan jaminan pihak musuh sebelum 2.30 petang hari ini.
ALHAMDULILLAH.
Ini proses 24 jam pertama. Keseluruhan proses mengikut Perjanjian ini mesti berterusan hingga semua 63 tahanan musuh dan 1,904 saudara kita dibebaskan dalam tempoh 42 hari.
Proses pembebasan hari ke hari akan diatur mengikut jadual yang telah dipersetujui secara ‘dateline’ oleh kedua pihak.
(Sebahagian nama-nama tahanan saudara kita masih dalam rundingan. Tetapi, jumlahnya tidak akan dikurangkan).
Senarai nama fasa 1 membabitkan 30 tahanan musuh dan 90 saudara kita sudah diumumkan; senarai seterusnya akan dimaklumkan secara hari ke hari.
Apa pun — perjanjian ini diikat syarat; semua jumlah 63 musuh dan 1,904 saudara kita mesti dibebaskan dalam tempoh 42 hari.
(Nota: Perjanjian ini selama 50 hari. Tempoh 42 hari bagi melaksanakan 2 fasa pertukaran tahanan.
Baki 8 hari ialah proses pengunduran penuh pihak musuh untuk berada pada jarak 14 km di luar sempadan Tanah Jauh).
MENANTI 4 NAMA FASA 2
Senarai nama-nama saudara kita bagi pembebasan fasa 2 masih dirundingkan.
Namun, jumlahnya tetap sama; dan mesti dibebaskan dalam 42 hari. Hanya nama-nama sensitif sedang dirundingkan.
Ini kerana pihak saudara kita menuntut — dari jumlah 737 banduan sensitif yang dibebaskan; ia mesti membabitkan 4 orang pejuang kanan.
Namun, setakat ini 4 nama tersebut tidak disenaraikan pada fasa 1.
4 saudara kita ini dihukum penjara seumur hidup.
Mereka antara 737 tahanan atas tuduhan berat.
Manakala, 1,167 tahanan lain ialah senarai yang ditahan sepanjang krisis 469 hari.
PEMBEBASAN RANGKUMI 4 KUMPULAN
Antara yang disenaraikan pada fasa awal pembebasan termasuk rakan-rakan kita yang bukan dari kelompok ‘kuning’ sahaja.
Tetapi, rundingan ini turut menuntut pembebesan tahanan pejuang ‘Hijau, Hitam dan Merah’.
Ini bukti, proses pembebasan yang diusahakan ini merangkumi kepentingan semua pihak yang mewakili bangsa Falash.
Laporan terperinci semua proses hari pertama dan kedua Perjanjian — akan disiarkan 9 Malam ini (20 Jan 2025).