Kepochi
  • Berita
  • Info
  • Hiburan
  • Sukan
  • Inspirasi
  • Karya
  • Coretan ZRA
Friday, May 23, 2025
No Result
View All Result
Kepochi
No Result
View All Result
Home Info

12 Masjid Unik Di Malaysia

by Myra Hamdi
May 8, 2024
6 min read
46 0
0
12 Masjid Unik Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia terkenal dengan masjid-masjid yang indah, bukan sahaja sebagai tempat ibadat tetapi juga sebagai keajaiban seni bina. Berikut adalah beberapa masjid yang cantik dan unik di Malaysia:


Masjid Sri Sendayan , Negeri Sembilan – Sering disebut sebagai “Taj Mahal” Malaysia, masjid ini dikenali dengan reka bentuk luaran yang putih bersih dan hiasan dalaman yang menakjubkan, termasuk cahaya gantung emas dan lengkungan yang diukir dengan teliti. Masjid ini terletak di kawasan seluas 4.5 hektar dan mempunyai tiga dewan solat:

  • Dewan Solat Utama: Mampu menampung seramai 3,000 jemaah.
  • Dewan Solat Kedua: Dapat menampung 800 jemaah.
  • Dewan Solat Wanita: Juga mempunyai kapasiti 800 jemaah.


Masjid Putra , Putrajaya – Masjid berwarna merah jambu ini yang terletak di tepi tasik adalah salah satu mercu tanda yang paling popular di Putrajaya, dengan gabungan reka bentuk moden dan tradisional. Kapasiti masjid boleh menampung 15,000 jemaah pada satu-satu masa. 

RELATED STORIES

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

May 21, 2025
Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

Nintendo Switch 2 Tampil Lebih ‘Power’ dengan Spesifikasi Mantap

May 21, 2025


Masjid Lapan Kubah , Terengganu – Dikenali dengan lapan kubah berwarna-warni, masjid ini seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia. masjid yang dibina di atas tanah bekas tapak sawah padi seluas 0.6 hektar itu boleh menampung 500 jemaah pada satu-satu masa.


Masjid Cina Melaka , Melaka – Masjid bergaya Cina dengan pagoda, mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia. Masjid ini adalah masjid ketiga berciri seni bina Cina di Malaysia selain di Kelantan dan Perak. Dengan kawasan seluas 2.8 hektar, masjid ini boleh menampung sehingga 2,000 jemaah.


Masjid Kristal , Terengganu – Seperti namanya, masjid ini mempunyai kubah yang terbuat daripada kaca dan kristal, terletak dalam Taman Warisan Islam. Dengan keluasan sebanyak 2,146 meter persegi, masjid ini boleh menampung seramai 700 jemaah dalam satu masa.


Masjid Kampung Laut , Kelantan – Masjid yang masjid dianggarkan berusia 400 tahun ini merupakan salah satu masjid terawal di Malaysia, menampilkan reka bentuk tradisional. Keistimewaan masjid ini adalah struktur binaannya diperbuat daripada kayu dan tidak menggunakan paku dimana ianya hanya dipasak. Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah. Mimbar dan ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri.


Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz , Shah Alam – Juga dikenali sebagai Masjid Biru, ia mempunyai kubah biru yang khas dan merupakan salah satu masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam, berupaya menampung 24000 jemaah pada satu masa.


  1. Masjid Wilayah Persekutuan , Kuala Lumpur – Terinspirasi oleh Masjid Biru Istanbul, masjid ini mempunyai 22 kubah dan dikelilingi oleh parit, menjadikannya tempat yang tenang untuk beribadat. Berkeluasan 47,000 meter persegi, masjid ini dapat menampung seramai 17,000 jemaah dalam satu masa.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya – Juga dikenali sebagai Masjid Besi, ia menampilkan reka bentuk kontemporari dengan konstruksi keluli. Kilauan dan limpahan cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa. Boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa

    Masjid Al Hussain , Perlis – Masjid “terapung” ini mempunyai tingkap berwarna dan menawarkan pemandangan yang indah kerana ia kelihatan seolah-olah terapung di atas air. Bagi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor persekitarannya yang berlatar-belakangkan pantai dan lautan, dinding masjid tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles. Ia mampu memuatkan hingga 1,500 jemaah dalam satu-satu masa. Memiliki lampu indikator yang berfungsi sebagai penanda masuk waktu solat bagi pelaut seperti nelayan, pengemudi feri pelancong dan mereka yang bertugas di lautan.

      Masjid Seribu Selawat , juga dikenali sebagai  Masjid Al-Badr  atau  Masjid Terapung , merupakan monumen ikonik di  Pulau Pangkor , Perak. Dinamakan Seribu Selawat  kerana  1,000 selawat  diukir pada dinding dan tiang masjid, di dalam dan di luar. Selawat adalah doa yang memuji Nabi Muhammad SAW. Masjid ini mempunyai saiz  1708.8 meter persegi  dan boleh menampung  1,500 jemaah  secara serentak.


        Masjid Tengku Razaleigh, menyerupai model Masjidil Haram di Mekah dan mempunyai keluasan 99,000 kaki persegi.  Ia mampu menampung sehingga 3,500 jemaah dan dilengkapi dengan sembilan menara setinggi 30 meter serta lapan kubah yang mirip dengan Masjidil Haram di Mekah.

          Previous Post

          Malam Pun Meriah! : Rumah Terbuka Aidilfitri UTeM

          Next Post

          Perodua dan Toyota: Satu sinergi & hubungan automotif

          Next Post
          Perodua dan Toyota: Satu sinergi & hubungan automotif

          Perodua dan Toyota: Satu sinergi & hubungan automotif

          Leave a Reply Cancel reply

          Your email address will not be published. Required fields are marked *

          Kami

          MyKepochi.
          Kepochi yang baik-baik dengan cerita-cerita inspirasi dan info menarik kerana
          "Good Things, Must Share"!

          Recent Stories

          • Cabar Ketua Menteri, Cabar Perlembagaan – Datuk Hasan Rahman
          • KPDN Melaka Tumpas Aktiviti Seleweng Gas & Diesel Bernilai RM48,000
          • “Anak Saya Bukan Alat Mainan” -Ibu Dedah Pengalaman Tragis di Hospital Melaka
          • ADUN Duyong ‘Turun Padang’, Kafe Masjid Al Wahhab Kini Beroperasi Semula!

          Categories

          • Agama
          • Berita
          • Cerpen
          • Coretan ZRA
          • Hiburan
          • Info
          • Inspirasi
          • Karya
          • Kesihatan
          • PODCAST
          • Politik
          • Resepi
          • Sukan
          • Teknologi
          • Uncategorized
          • Berita
          • Info
          • Hiburan
          • Sukan
          • Inspirasi
          • Karya
          • Coretan ZRA

          © 2024 MYKEPOCHI STUDIO - Good Things Must Share. Email : hellokepochi@gmail.com.

          No Result
          View All Result
          • Berita
          • Info
          • Hiburan
          • Sukan
          • Inspirasi
          • Karya
          • Coretan ZRA

          Welcome Back!

          Login to your account below

          Forgotten Password?

          Create New Account!

          Fill the forms bellow to register

          All fields are required. Log In

          Retrieve your password

          Please enter your username or email address to reset your password.

          Log In

          Add New Playlist

          http://enterslots.epizy.com/ http://cair138.epizy.com/ http://sido247.epizy.com/ http://omega89.epizy.com/ http://merdeka138.epizy.com/ bos88 77lucks roma77 dewagg zeus138 joker123 mantap 168 bigwin138 baccarat pg slot daftar sbobet slot bola tangkas hoki138 idn poker