Pada tahun 2018, seramai 8,341 pesakit memerlukan rawatan dialisis, tetapi dalam tempoh kurang daripada setahun jumlahnya meningkat kepada 44,136 pesakit kata Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pantai Cheras, Rachel Yew di majlis perasmian Pusat Dialisis Hospital Pantai Cheras di sini pada Jumaat.
“Malah menjelang 2040, bilangan pesakit memerlukan dialisis dijangka akan mencecah 106,000 orang,” tambahnya lagi.
Oleh itu, Hospital Pantai Cheras berbesar hati untuk melabur sebanyak RM1 juta bagi mewujudkan sebuah pusat dialisis bagi memenuhi permintaan komuniti setempat.
Turut hadir di majlis itu, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, Pakar Perunding Nefrologi, Dr. Ong Chun Seong.
“Sebanyak enam unit hemodialisis baharu telah ditempatkan di hospital berkenaan tahun ini”. jelas Rachel
Ujarnya lagi, unit baharu berkenaan mampu memberikan perkhidmatan dialisis kepada pesakit buah pinggang kronik (CKD).
Dengan ada unit baharu ini sesi rawatan dialisis tawaran istimewa akan diberikan kepada 50 pelanggan pertama, diskaun 50 peratus untuk sesi dialisis kedua dan percuma untuk sesi dialisis ketiga untuk perkhidmatan dialisis pesakit luar, jelas Rachel
“Setiap pesakit akan menerima khidmat nasihat pakar diet untuk memastikan mereka mendapat pemakanan yang betul.
Sumber : Sinar
Untuk lebih banyak perkongsian, anda boleh ikuti kami Kepochi @ Telegram : Mykepochi Official